BAB 1 & BAB 2

BAB1:KEDUDUKAN



Mengenal Latitud / Garis Lintang
Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S
 
Garis-garis lintang yang utama ialah: 
  
GarisanKhatulistiwa ( 0° )
Garisan Sartan ( 23½°U )
Garisan Artik ( 66½°U )
Garisan Jadi ( 23½°S )
Garisan Antartik ( 66½°S )

Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.


Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
Garis longitud  ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud. 

Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).


Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ‘ ).

Nama Tempat
Garis Latitud
Garis Longitud
Kudat
6° 54’U 
116° 51’T 
Tuaran
6° 10’U
116° 14’T
Kota Belud
6° 22’U
116° 26’T
Ranau
5° 58’U
116° 43’T
Kota Kinabalu
5° 40’U
116°T
Beufort
5° 20’U
115° 46’T
Tenom
5° 2’U
115° 57’T
Tawau
4° 16’U
117° 53’T
Semporna
4° 29’U
118° 36’T
Lahad Datu
5° 6’U
118° 20’T
Sandakan
5° 45’U
118°T

Mengira Waktu Tempatan
Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam. 
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam 1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di: 
Bombay ( 73°T )
Buenos Aires ( 58°B)

Waktu di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah 
Cari perbezaan garis longitud       73°- 0° = 73°
Cari perbezaan masa                   73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
                                                   = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
                                                   = 5.52 pagi 

Waktu di Buenos Aires ( 58°B )  Langkah-langkah 
Cari perbezaan garis longitud           58° - 0° = 58°
Cari perbezaan masa                       58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
                                                     = 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
                                                     = 9.08 minit malam

Waktu Piawai
-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil.  Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud.

-Garisan Tarikh Antarabangsa  GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.

BAB 2:ARAH



Pengenalan 

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.


Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam  bermula 0° hingga 360° .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.













Contoh pengiraan bearing sudutan :




Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254